Selamat Datang!

Hello World!

ADHAM Resources merupakan syarikat pembinaan bernombor pendaftaran SSM (002609275-A). Kami adalah kontraktor berdaftar dengan CIDB Malaysia dan menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan, kerja-kerja kejuruteraan civil dan juga membina rumah kediaman banglo mampu milik untuk rakyat Malaysia. Teknologi binaan yang kami gunakan adalah berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS) , yang memberikan penjimatan kos melalui tempoh masa pembinaan yang lebih singkat dan mampu dimiliki oleh semua. Di samping itu, teknologi binaan konvensional juga masih digunakan, bergantung atas permintaan pelanggan kami. 

Moto

Jujur dan Berdedikasi, Binaan Berkualiti.

Visi

Menjadikan Syarikat Berkembang Maju Dan Berdaya Saing, Berteraskan Impian dan Kehendak Pelanggan Sebagai Keutamaan.

Misi

  • Memberikan Perkhidmatan Jujur dan Penuh Mesra Kepada Semua.
  • Amalan Kualiti Kerja Pembinaan Yang Menepati Spesifikasi.
  • Amalan Sistem Kerja Yang Selamat dan Sihat Sepanjang Masa.
  • Memastikan Pelaksanaan Kerja Menepati Tempoh Masa.

Servis Kami:

Kami memberikan perkhidmatan seperti berikut:

1. Khidmat proses pecah lot (land subdivision), atas dua kategori dana:

  • Dana tuan tanah
  • Dana syarikat ADHAM Resources
  • JV antara tuan tanah dan ADHAM Resources

2. Membina dan memajukan rumah/bangunan di atas 2 kategori tanah:

  • Tanah lot milik ADHAM Resources
  • Tanah lot persendirian milik pelanggan

Selain itu, ADHAM Resources juga mengalu-alukan individu atau syarikat yang ingin menjalankan usahasama (JV) dan memajukan tanah melalui perkongsian modal bagi membeli tanah. Anda boleh berhubung dengan kami melalui email : info@adham.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut atau berjumpa terus secara langsung untuk sesi perbincangan. 

Untuk pelanggan yang berminat membina rumah, kami juga bersedia memberikan khidmat nasihat dan sekiranya perlu, menguruskan pinjaman tuan/puan melalui institusi bank/kerajaan.